Saturday, 29 November 2014

people come and go :))

hollaa ~

To all my kawans : Maaf Jika Aku Tak Sempurna.


Semua orang ade kawan. sebab dah fitrah manusia. kite tak akan mampu hidup sengsorang dekat bumi Allah ni. same goes to me. ielya memang ade ramai kawan. dari ielya kecik sampai lah ielya besar gedabak ni ielya selalu ade kawan disisi ielya. hm. Alhamdullilah. tapi. tak semua kawan boleh jadi teman. tak semua kawan boleh jadi sahabat. tak semua kawan boleh jadi tempat mengadu sebab tak semua kawan ade mase kite susah.

ielya ade raaaaaaaamai kawan baik. kawan baik bagi ielya. orang yang selalu bersame kite setiap hari. yang boleh ceriakan hari hari kita. time tadika ielya ade dua kawan baikAin, Amirah dan Azwa. tapi sekarang dah lost contact dah. hm ._. time sekolah rendah Siti Zulaikha, Fatihah, Syuhada. time sekolah memengah kat asrama Husna, Patin dengan Dayah lah kawan baik yang buat kerja gila sama samaa. bila ielya keluar asrama time form 3 ielya rasa satu kelas 3KRK#2014 ni lah kawan baik ielya. tak tahu kenape. mungkin ielya selesa kot dengan dorang walaupun firstday ielya masuk sekolah tu pahit gila. tragis.haish. dah tak nak ingat.

ye ielya tak memilih kawan. series tak. ielya boleh je kawan dengan sesiape. sebab ielya friendly. orang yang tak kenal ielya akan cakap ielya ni kerek sombong and ielya tak kesah pon dorang nak cakap ape. ielya tahu kadang kadang perangai ielya ni buat orang tak suka dengan ielya, marah dengan ielya, menyampah dengan ielya. macam ielya cakap ielya tak sempurna.

selame ielya hidup ni banyak kali dah ielya kene abaikan dengan kawan sendiri. sampailah ielya kuat berdiri atas kaki ielya sendiri. ielya tak matang. ye ielya mengaku. sebab ielya kuat menangis. tapi ielya tabahkan hati biar ielya tak menangis depan orang lain. sebab ielya tahu makin bertambah usia kite makin ramai yang tinggalkan kite. 

untuk semua yang pernah tersentap or terkecik hati dengan perbuatan aku , aku mintak maaf . maaf sebab sememangnya aku bukan kawan yang sempurna . aku juga insan biasa yang tak lepas dari kekhilafan . aku tak mampu nak puaskan hati semua orang sebab hati aku juga aku perlu jaga . aku mintak maaf sebab tak selalu dengan semua orang pada masa yang sama sebab semua orang aku perlu jaga hatinya . dan aku mintak maaf andai aku termungkir janji persahabatan yang mungkin aku terlupa sudah kini . maaf dan maaf .

ielya tak lupa kawan tapi kawan yang lupa ielya dan mesti ielya yang dipersalahkan.ielya tak pernah niat pon nak abaikan A sebab B. mungkin sebab keselesaan diri ielya dekat seseorang tu buat perkara tu terjadi tanpa ielya sedari.Maaf

Tuesday, 11 November 2014

birthday

hollaa ~

duing my birthday i always imagine that someone will give me a present and make some suprise for me. but in reality it just krik krikk. berangan je lebih. aih. dalam mimpi pon belum tentu dapat. and for this year tahun pertama birthday ielya tak jatuh time cuti sekolah. and i felt very exited. konon konon nak dapat wish birthday or ade orang nyanyi lagu happy birthday lettew. but in reality ielya yakin tak ade sambutan. ayaiyaii. pigiidaaa. buat malu sajaa. perasann. 

bestfriend?

hollaa~
  
berdebu berhabuk semua ade sekarang dekat blog ni. ayoyo.

"MENJADI BESTFRIEND HANYA SEKALI. TAK ADE KALI KEDUA KELIMA ATAU KEEMPAT. SEBAB KALAU DAH PUTUS PERSAHABATAN TAK ADE LAGI PEKATAAN BESTFRIEND"

tak pernah ade yang sempurna dalam mate ielya. ielya tak jumpa lagi kawan yang sempurna dan maybe tak akan jumpa. mane ade yang sempurna kan. ielya pon tak sempurna. ielya sedar kadang kadang ielya annoying, suka sakitkan hati orang, berlagak bagus, ielya blur,hm. susah ielya nak ubah. sebab tu memang diri ielya.

ielya senang nak hargai orang, nak sayang orang tapi ielya senang benci orang. ielya cepat sangat terasa. kalau ielya terasa ielya pendam dalam hati ielya. sebab kalau ielya luahkan pon tak ade siape nak dengar maybe. hm. okey act ielya pernah terasa. pernah.bukan sikit. tapi banyak. ape ielya boleh buat? bersabar je. sebab ape? sebab ielya nak jage persahabatan ni. ielya rase ielya tak boleh nak ikhlas sepenuhnya gelak gelak dengan kau gurau gurau dengan kau. ielya mintak maaf. ielya pon ade hati dan perasaan. 

Saturday, 31 May 2014

Sahabat , Teman , Kawan

hollaa ~

Sahabat , kawan , teman confuse ielya dengar perkataan tuh -.- ielya paling tak suka bab ni . tapi nak buat macam mana blog ni je tempat ielya luahkan segala isi hati ielya . hapy , sedih , marah  semua nya . kalau nak cerita kat orang lain mesti dorang bosan dengar cerita ielya.
aih ~ tak ade guna ada kawan yang katanya nak sehidup semati bersama , together gether lah , susah senang bersama lah , i always with you lah .semua nya hipokrit . Dunia ni penuh dengan drama macam taik. Mana kau bila ielya perlukan kau ? hmm . 

Saturday, 3 May 2014

Kawan Biar Ikhlas

hollaa ~

"PERSAHABATAN"
memang betul , dalam dunia ni semua orang ade kawan . Yes ! sampai ada yang terlalu ramai kawan sampai lupa kawan lama :') ielya dah hidup 15 tahun , dan ielya ada kawan . Yang baik , yang comel , yang peramah , yang kuat berleter , yang jahat , yang tegas dan macam macam lagi lah . Setiap orang yang ielya jumpa , bagi ielya dorang kawan ielya . Tapi tak tahu lah kalau dorang anggap ielya ni"stranger" ke ape ke 
.
ielya tahu , ielya dah banyak buat salah dekat kawan kawan ielya . Walaupun kesalahan tu mereka tak nampak dan ielya sendiri tak mengaku , ielya mintak maaf . Kawan kawan ielya lah tempat ielya berkongsi masalah . Mereka tempat ielya kumpulkan semua gelak gelak ielya , tempat ielya lepak sesama , tempat ielya bergurau . Bagi ielya , kawan ialah orang yang rapat dalam hidup kite . Dan mereka mampu memahami kite . ielya berkawan tak kira umur , darjat . rupa paras dan apa apa yang zahir untuk ielya berkawan . Hahaa .

Kadang kadang ielya terfikir kalau ada kawan ielya yang dah tak ada dalam dunia ni dan kadang kadang kawan tuh antara yang ielya sayang sangat , ielya rasa hidup ielya dah tak bermakne dah . Ielya tak akan lupa setiap kenangan ielya dengan kawan kawan ielya walaupun ielya tak rapat dengan orang tuh . Jadi , bagi ielya tak kiralah betapa buruknya kawan tuh , Dia tetap kawan aku !

Sejujurnya , kite berkawan sampai mati dan ielya janji atas nama Allah , ielya tak akan lupa kawan kawan ielya :) Jangan memilih kalau berkawan ,benda tuh akan rosakkan hubungan persahabatan . Kawan biar ikhlas .









Saturday, 19 April 2014

Don't depend too much on anyone in this world

holla ~

kadang kadang kite suke harapkan pertolongan sesuatu dari orang lain . Tapi percaya lah tak semestinya orang tu akan bantu kite tiap mase . ada jugak orang tu tolong kita bersebab . maybe Ada udang disebalik batu . kite tak tahu hati orang macam mana jangan mudah percaya dekat orang .

pernah berlaku . bile terlalu harap kan seseorang nak bantu kite sampai kerja satu pon tak buat . sebab orang yang aku harap boleh tolong aku tu dalam masa yang sama dia nak jatuhkan aku  


Friday, 18 April 2014

Kawan biar beribu musuh jangan dicari.

holaa ~

Kawan . Satu perkataan yang familiar dalam hidup kita . Macam macam makna tentang makna kawan . Tapi
 kawan adalah individu penting dalam hidup seseorang . ielya pon tak terkecuali .  Dalam dunia ni kalau ramai lawan baru lah best . Kawan biar beribu musuh jangan dicari . 

Dari kawan bertukar kepada gelaran sahabat . Apabila bergelar sahabat semestinye ukhuah yang terjalin kukuh, saling mempercayai dan kuat persahabatan yang terjalin .  Dalam persahabatan mesti ada dugaan yang kite tempuh . Kadang kadang gaduh kadang kadang elok .  
Ada orang kata kalau kite nak cari kawan . Carilah kawan yang menghormati dan menyangi ibubapa mereka  kerana mereka adalah sahabat yang baik . Kalau mereka tidak menghormati dan menyayangi ibubapa mereka sendiri . Sudah tentu mereka tak mampu menyayangi dan menghormati kawannya :) 

Saturday, 8 March 2014

Cinta Batu Loncatan?

holla ~

merujuk Prof Ielya Maisara . eh ? cinta batu loncatan bermaksud . kau suka kan seseorang sebab nak lupakan orang lain yang pernah ada dalam hati kau .


sebab nak lupakan A kau nak pakse diri kau sukakan B , walaupun tak ada keikhlasan .

bagi ielya bende ni tak patut . sebab nampak sangat ketidakikhlasan dalam berpasangan . tapi kalau pada akhirnya kau ikhlas suka kan dia tak apa kot . tapi kalau kau berterusan buat macam tuh better stop sebeum ada hati yang terluka dan merana 

Kerana Mulut Badan Binasa

Hollaa ~

kerana mulut badan binasa . pernah dengar ? mestilah pernah . kita sebagai manusia percakapan kena jaga . biar sopan . biar elok . kalau tak puas hati jangan maki hamun jangan kutuk kutuk atau mengumpat . kalau nak marah jangan lepas kann kata yang tak sopan fikir baik buruk nye .

kadang kadang bende tu kita anggap remeh . niat kita nak bergurau tapi biar lah bertempat . tak semua orang akan suka apa yang kita sampaikan , tak seuma faham niat sebenar kita . melalui percakapan kita jugak orang dapat nilai baik buruk akhlak kita .

tak rugi kalau kita jaga percakapan .bila orang suka dengan apa yang kita sampai kan , kita jugak dapat benefitnya . tapi kalau percakapan kita melukakan hati orang atau membuat orang merasa meluat kita akan dibenci orang . berfikir sebelum bertindak . aku berkawan dengan ramai orang . bermacam macam ragam, berbagai cara percakapan . ada yang mulut laser , ada yang sopan , ada yang terlebih sopan , ada yang kuat sentap dan ada yang bisu percakapan nye. tapi bagi ielya terima apa ada nya . sebab ielya jenis pendamkan saje dalam hati. biar lah orang buat kita jangan kita buat orang .

janganlah kita jage hati sendiri . kita kene ikut rentak orang. jangan nak ikut kerenah kita , nanti ada yang meluat dengan kita . jaga lah percakapan . kalau tak ada bende penting nak cakap better diam . jangan sampai suatu saat nanti kita akan dibenci . kita hidup bermasyarakat jangan ikut kepala sendiri .

Thursday, 6 March 2014

Air Yang Dicincang Tak Akan Putus

Hollaa ~

Alhamdullilah aku masih bernafas pada saat ini dan masib boleh mengupdate blog . Aku happy tengok abang aku yang semakin lama semakin hitam . kekeke . gurau je . Aku happy tengok abang aku yang semakin lama semakin besar sihat dan matang serta kami semakin rapat . Kalau dulu , aku dengan abang aku macam anjing dengan kucing . Tapi sekarang boleh bergurau senda tak ade lagi marah marah . Gurauan dah sebati dalam diri masing masing . Malah abang adalah pendengar setia aku .

pepatah orang dulu kata Air yang dicincang tak akan putus . walaupun selalu bergaduh masa kecil hubungan tidak akanrenggang selamanya . in syaa Allah . Tenang, sangat tenang bila aku bersama dengan keluarga aku , dengan orang yang aku sayangi dengan orang yang aku cintai membuatkan aku melupakan masalah yang aku hadapi .


aku harap umur kami masih panjang untuk bersama menikmati pahit manis sebuah kehidupan . aku sayang keluarga aku . dulu kini dan selamanya :'))

aku tak sabar . aku tak sabar nak berumah tangga bila besar nanti . bukan bermakna aku gedik , gatal atau seumpamanya . tapi aku nak merasakan suasana sebuah keluarga besar . balik kampung ramai ramai dan melihat telatah anak anak . sangat tak sabar aku nantikan

wahai bakal suamiku . bimbing lah aku . bibing lah keluarga kita agar menjadi sebuah keluarga yang bahagia . 

Sunday, 23 February 2014

Friend Are Like Stars

Assalamualaikumm :')

good friends are like stars you don't always see them but you know they are always there .  alangkah indah nye kalau ade kawan yang memahami . Yang selalu ade mase kite susah . Mase kite senang . Yang boleh tahan dengan perangai aku ni . Perangai aku yang gile gile ni . Aihh ~  Sangat sangat indah . Tapi aku belum jumpe lagi kawan macam tu dan aku harap aku akan jumpe kawan macam tuh . kalau aku jumpa aku akan jage hati dia bebaik . In syaa Allah .hem .  Semua orang ade  ramai kawan . Tapi ramai  kawan tu tak semua nye kite boleh percaye . Kadang kadang .ade yang tikam kite dari belakang  . Ade  yang kutuk kite dari belakang tapi tak mengapa aku redha . Redha itu ikhlas . Pasrah itu menyerah :))